Polisi Pelaksanaan Pesanan

PENGENALAN

TRADESTO adalah komited untuk berkhidmat kepada pelanggan secara adil dengan melaksanakan pesanan pada terma yang terbaik kepada mereka.

Oleh itu, TRADESTO telah melaksanakan Polisi Pelaksanaan Pesanan (dirujuk sebagai ‘Polisi’) bertujuan untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk pelanggan kami, dengan mengambil kira faktor-faktor yang disenaraikan di bawah.

Polisi ini bertujuan untuk menyediakan gambaran umum kepada pelanggan mengenai bagaimana perintah perdagangan (trade order) dilaksanakan dan pelbagai faktor yang boleh menjejaskan pelaksanaan instrumen kewangan yang ditawarkan oleh TRADESTO.

Skop dan Aplikasi

TRADESTO sentiasa akan bertindak sebagai prinsip atau dasar apabila melaksanakan transaksi untuk pelanggan. Dasar ini akan dilaksanakan apabila TRADESTO melakukan transaksi bagi pihak klien profesional dan klien runcit.

TRADESTO akan mengambil segala langkah yang munasabah untuk mendapatkan hasil yang terbaik bagi pelanggan mengikut perlaksanaan Polisi. Dasar ini mengambil kira faktor-faktor seperti saiz pesanan, liquidity pasaran yang tidak tentu, dan keutamaan klien bertujuan untuk memberikan hasil yang terbaik terhadap kepentingan klien.

TRADESTO bagaimanapun tidak menjamin bahawa pelaksanaan pada harga akan menjadi lebih baik daripada perlaksanaan yang mungkin boleh didapati di tempat lain. Dengan persetujuan atas terma-terma Perjanjian Pelanggan kami, para pelanggan juga bersetuju dengan terma-terma Dasar Pelaksanaan Pesanan TRADESTO.


Pelaksanaan Kriteria dan Elemen Berkaitan

Harga

TRADESTO menerima maklumat harga dari beberapa pembekal liquidity yang terkemuka di dunia untuk memastikan pelanggan kami menerima tawaran harga (price quote) yang terbaik. Pesanan perdagangan diterima oleh TRADESTO akan dilaksanakan pada tawaran harga permintaan pelanggan dan tidak pada harga lain, sebab menganggap tiada slippage berlaku dan bahawa harga yang dikehendaki masih wujud.

Kos

Membuka satu posisi atau pesanan dalam beberapa jenis Instrumen Kewangan yang disediakan oleh TRADESTO mungkin memerlukan pelanggan untuk membayar komisen dan / atau yuran lain sekiranya berkenaan. Caj ini dinyatakan dalam Terma Perniagaan.

Liquidity

Semua pesanan yang dihantar oleh pelanggan kepada TRADESTO adalah tertakluk kepada pertimbangan saiz. Saiz minimum perintah adalah 1000 unit mata wang asas. Walaupun tidak ada saiz maksimum bagi suatu perintah yang boleh dikemukakan oleh pelanggan, TRADESTO berhak untuk menolak suatu perintah pesanan sekiranya saiz yang diminta adalah lebih besar daripada kemampuan perdagangan TRADESTO dalam pasaran asas, pada harga yang diminta, pada skala masa yang tertentu.

Lebihan liquidity boleh ditawarkan kepada pelanggan oleh TRADESTO mengikut budi bicaranya sendiri.

Kelajuan Dan Kemungkinan Pelaksanaan

TRADESTO akan bertindak mengikut prinsip ke atas semua pesanan yang dikemukakan oleh pelanggan. TRADESTO adalah komited untuk menawarkan kelajuan pelaksanaan yang terbaik kepada pelanggan kami dan berusaha untuk menaik taraf seiring dengan batasan teknologi maklumat dan komunikasi.

Kebiasaannya, dalam keadaan normal, pesanan akan diisi pada harga yang diminta dalam masa beberapa saat. Jika harga yang diminta tidak tersedia di pasaran, perintah itu tidak akan dipenuhi. Walau bagaimanapun, penggunaan sambungan talian internet yang tidak stabil atau perlahan daripada pihak pelanggan boleh menyebabkan gangguan seperti penyambungan tergendala dan / atau ditangguhkan ke platform kami.
Dalam keadaan tertentu yang disebabkan oleh kelajuan sambungan yang tidak baik, turun naik pasaran yang tidak normal atau dalam kes manipulasi harga sebut kami atau data lain berkaitan yang disengajakan, pesanan pelanggan boleh ditolak oleh TRADESTO jika harga yang diminta oleh pelanggan tidak mewakili harga pasaran yang diterima oleh TRADESTO. Internet, kelambatan capaian, dan ralat suapan harga (price feed) kadangkala menimbulkan situasi di mana harga yang dipaparkan pada Platform Dagangan tidak mewakili kadar pasaran dengan tepat. Konsep arbitraj pendam (latency arbitrage), atau mengambil kesempatan daripada kelambatan internet, tidak boleh wujud dalam pasaran OTC di mana Pelanggan membeli atau menjual secara langsung daripada prinsipal. Syarikat tidak membenarkan amalan arbitraj pada Platform Perdagangan.

Transaksi yang bergantung kepada peluang-peluang harga arbitraj pendam akan dibatalkan tanpa notis awal. Sila rujuk kepada perenggan “Kaedah Dagangan Yang Dibenarkan” untuk maklumat lanjut!


Aggregation

Pesanan pelanggan adalah mengikut budi bicara TRADESTO boleh diagregatkan / berpecah dengan pesanan TRADESTO sendiri, pesanan mana-mana persekutuan atau rakan kongsi TRADESTO dan / atau pelanggan lain. Pesanan hanya akan diagregatkan atau dibahagikan oleh TRADESTO secara semunasabahnya dan ia tidak mungkin melakukan pengagregatan atau pengagihan secara amnya tidak memihak kepada mana-mana pelanggan. Walau bagaimanapun, pengagregatan dalam keadaan yang tidak normal boleh merugikan pelanggan.

Memantau dan Menyemak

TRADESTO akan memantau secara berterusan terhadap keberkesanan pengaturan pelaksanaan pesanan kami dan pelaksanaan polisi untuk menyampaikan hasil yang terbaik kepada pelanggan bahkan untuk mengenal pasti serta membetulkan sebarang masalah. TRADESTO berhak untuk membetulkan atau mengatur semula apa-apa kekurangan di dalam polisi serta untuk penambahbaikan kepada pengaturan pelaksanaan di mana-mana bahagian yang dianggap perlu oleh TRADESTO.

Keadaan memaksa / Force Majeur

TRADESTO tidak bertanggungjawab terhadap kerugian kewangan akibat daripada keadaan memaksa/ force majeur. Peristiwa ini adalah keadaan yang melampau dan tidak boleh dilawan, yang bebas daripada kehendakan dan tindakan peserta perjanjian, yang tidak dapat diramalkan, menghalang, atau dihapuskan, termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, kebakaran, buatan manusia kemalangan dan bencana, kecemasan pada utiliti kerja dan pada garis utiliti, kebankrapan pembekal kecairan, serangan DDOS, rusuhan, tindakan ketenteraan, serangan pengganas, pemberontakan, rusuhan awam, mogok, dan tindakan kawal selia pihak berkuasa kerajaan negeri dan tempatan.

Kaedah Dagangan Yang Dibenarkan

Secara umumnya, TRADESTO membenarkan semua jenis kaedah dan gaya perdagangan.

Walau bagaimanapun, Syarikat berhak untuk menutup, menggantung atau mendapatkan kembali apa-apa keuntungan dan kerugian tertutup daripada akaun yang difikirkan terlibat dalam gaya perdagangan yang tidak beretika atau yang boleh dipersoalkan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, arbitraj pendam, perbuatan “membanjiri” pelayan-pelayan kami dengan jumlah pesanan tertangguh dan / atau permintaan modifikasi pesanan tertangguh yang berlebihan, log masuk berlebihan, atau penggunaan sistem perdagangan automatik tertentu atau Expert Advisors tanpa notis.

TRADESTO biasanya akan (tetapi tidak diwajibkan untuk sentiasa) cuba menyatakan kebimbangan pihak Syarikat kepada Pelanggan atau pihak-pihak yang berkaitan melalui e-mel atau telefon dalam bentuk amaran rasmi. Jika Pelanggan atau pihak yang berkaitan tidak mengubah gaya perdagangan dalam tempoh terdekat selepas amaran diterima, TRADESTO berhak untuk membubarkan semua atau beberapa kedudukan terbuka, menutup, menggantung atau mendapatkan kembali sebarang keuntungan atau kerugian tertutup daripada akaun, dan mengembalikan sebarang hasil kepada Pelanggan menurut prosedur penutupan akaun Syarikat atau mana-mana kombinasi berikut.

Pending Orders

TRADESTO berhak untuk melumpuhkan fungsi pending order pada keluaran berita utama tanpa pemberitahuan sebelumnya.


Misquotes / Mispricing

Transaksi berkemungkinan boleh dilaksanakan pada harga ralat kerana suapan harga daripada mana-mana pembekal kecairan pihak ketiga TRADESTO atau kesalahan teknikal yang tidak dijangka. Berikutan itu, kelewatan yang ada berkemungkinan adalah berpunca daripada sambungan internet atau tempat di mana kedudukannya ialah terbuka atau ditutup berdasarkan harga tersembunyi iaitu tidak memberikan harga pasaran yang betul ketika urusniaga dijalankan, maka ianya boleh menghasilkan keuntungan atau kerugian ralat.

Maka, keadaan sedemikian boleh menjejaskan transaksi pelanggan. Dalam kes seperti ini, TRADESTO akan mengambil semua langkah yang perlu dengan segara dan memperbetulkan keadaan agar ianya adil dan mengikut kesesuaian bagi setiap kes. Pemulihan termasuk pembetulan harga kemasukan atau harga keluar adalah mengikut kadar pasaran yang betul pada masa transaksi tersebut dilaksanakan. TRADESTO berkemungkinan perlu membatalkan mana-mana transaksi yang salah  kerana “ harga salah mengutip “. Sebagai contoh daripada harga pratetap / susunan tertunda telah dicetuskan kerana salah harga. TRADESTO akan melakukan usaha terbaik dengan menghubungi dan memaklumkan para pelanggan berkenaan tindakan yang diambil oleh TRADESTO dengan melalui telefon atau emel.

Slippage

TRADESTO mempunyai matlamat untuk menyediakan khidmat pelaksanaan yang terbaik kepada pelanggan dan untuk mengisi pesanan pelanggan kami pada harga yang diminta dipohon atau dipinta. Walau bagaimanapun, ada kalanya apabila disebabkan peningkatan luar biasa dalam turun naik pasaran (volatility), perintah itu boleh tertakluk kepada slippage atau ditolak oleh LP.

TRADESTO dengan ini menasihati pelanggan bahawa keadaan kemerosotan (slippage) adalah kebiasaan pasaran yang normal dalam industri dan merupakan ciri-ciri yang sering ada dalam pasaran pertukaran asing di bawah keadaan seperti, kekurangan liquidity dan ketidaktentuan abnormal disebabkan oleh peristiwa ekonomi (economic events), pengumuman spekulasi berita, dan waktu pembukaan pasaran. TRADESTO tidak akan bertanggungjawab untuk kerugian yang dialami oleh pelanggan disebabkan oleh slippage.

*TRADESTO berhak untuk membatalkan mana-mana pesanan yang dibuka dan kemudiannya ia akan ditutup dalam tempoh 3 minit. TRADESTO tidak akan mengiktiraf perdagangan di bawah 3 minit jika dagangan ditolak oleh LP. Sebarang keuntungan, kerugian, dan / atau komisen yuran dibuat melalui urus niaga ini boleh disifatkan tidak sah.


Pengurangan Leverage maksimum

Sebagai perlindungan terhadap lebih pendedahan tentang berita, TRADESTO akan melaksanakan pengurangan leverage maksimum kepada setiap berita ekonomi utama, termasuk tetapi tidak terhad kepada FOMC, NFP dan berita ECB. Leverage maksimum untuk semua jenis akaun akan dikurangkan ke 1:50 dalam 5 (lima) jam sehingga 5 (lima) jam selepas pengumuman berita. Leverage tinggi akan mewujudkan pendedahan risiko tambahan, dan menyebab ekuiti negatif di akaun pelanggan.

TRADESTO berhak untuk mengurangkan leverage 1:50 sekiranya pengumuman berita besar untuk mengelakkan risiko yang sama dengan krisis.

Notis Perundangan

Polisi ini mengatasi segala komunikasi atau pemahaman bertulis atau lisan. TRADESTO boleh mengubah syarat-syarat polisi ini pada bila-bila masa. Mana-mana versi selepas ini, dokumen ini akan menggantikan semua versi sebelumnya.

Versi Bahasa Inggeris mengatasi versi Bahasa Melayu.

Jika terdapat apa-apa ketidakselarasan atau percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi Bahasa Malaysia Polisi ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Melayu Polisi ini.

@TRADESTO. Semua Hak Cipta Terpelihara.